Kapten Liverpool, Jordan Henderson, menegaskan tidak wajar untuk menyalahkan Loris Karius selepas penjaga gol itu menyerahkan kemenangan 3-1 kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara (UCL) di Kiev, Ukraine, awal pagi tadi.
Gareth Bale masuk sebagai pemain gantian untuk gol sepakan gunting pada minit ke-64 bagi meletakkan Madrid 2-1 di depan, namun jaringan kedua bintang Wales itu ketika perlawanan melewati tujuh minit separuh masa kedua dan gol pembukaan Karim Benzema pada awal babak kedua merupakan kesilapan Karius.
Benzema memintas bola yang cuba dilemparkan bekas penjaga gol utama Mainz itu sebelum rembatan jarak jauh Bale gagal ditampan kemas untuk Liverpool meratapi nasib mereka.
"Yang pertama, saya tidak pasti apa yang berlaku," kata Henderson kepada BT Sport. "Mengenai gol sepakan gunting itu, dia tidak boleh melakukan apa-apa dan bola jaringan ketiga pula, ia bukan mudah.
"Ia bukan berkenaan Karius atau kesilapan yang telah dilakukannya. Kami menang sebagai sebuah pasukan dan kami kalah sebagai sebuah pasukan.
"Ia bukan tentang seorang pemain sahaja, ia tentang semua orang dan kami hanya tidak bernasib baik," tambahnya.
Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Sadio Mane pada minit ke-55 dan penyerang Senegal itu hampir menjadikan kedudukan 2-1 apabila percubaannya menyinggahi tiang.
Liverpool mula tergugat sebaik Mohamed Salah dikeluarkan pada minit ke-30 akibat kecederaan bahu yang boleh menjejaskan penyertaannya dalam Piala Dunia bersama Mesir.
"Sudah tentu mengecewakan, saya fikir kami melakukannya dengan baik untuk mendapatkan gol dan kembali mengimbangi kedudukan," kata Henderson.
"Namun, berlaku kesilapan dan Madrid merupakan pasukan mantap yang akan menghukum anda.
"Mereka adalah pasukan yang lebih baik pada malam ini tetapi pada 40 minit pertama, kami menguasai permainan dan mempunyai beberapa peluang.
"Ia mengecewakan tetapi anda perlu memberi pujian kepada Madrid.
"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama dalam kedudukan 0-0 (selepas Salah tercedera). Kami mengekalkan corak pantas, kami mendapat gol tetapi ada beberapa gol yang terhasil jika pada hari yang lain, tidak akan masuk".
Karius tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dengan berkata: "Perasaan saya kosong ketika ini.
Hari ini saya penyebab kekalahan pasukan saya, " kata Karius kepada talkSPORT.
"Saya minta maaf kepada semua orang, pasukan dan kelab secara keseluruhannya.
"Jika boleh saya putarkan waktu. Saya kasihan dengan pasukan, saya tahu saya mengecewakan mereka hari ini.
"Ia sangat sukar sekarang, tetapi itulah kehidupan penjaga gol.
"Buat masa ini, saya berasa sangat kesal kerana jaringan-jaringan itu membuatkan kami kehilangan gelaran."