Ketumpulan jentera serangan Melaka United akan ditambah baik dengan kemasukan pemain import baru selepas mengalami kekalahan terbaru 0-1 kepada Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di Kuala Terengganu, malam tadi.
Pengendalinya, E. Elavarasan, memberi bayangan akan melakukan pertukaran bagi memperkemaskan pasukan itu dalam jendela perpindahan pemain ketika ini.
Bekas jurulatih Terengganu itu begitupun tidak mendedahkan pemain yang akan digugurkan dengan kelibat penjaring terbanyak kelahiran Belarus, Yahor Zubovich, dijangka tidak terkesan dengan situasi itu.
Selain Zubovich, Melaka turut dibarisi pemain tengah, Jeon Woo Young dari Korea Selatan, Tiago Filipe Gomes (Portugal), Shahdan Sulaiman (Singapura) serta pemain pertahanan, Steven Thicot (Perancis).
"Pasukan ini sudah banyak peningkatan, terutama di posisi pertahanan dan tengah, namun masih banyak yang perlu diperbaiki di bahagian serangan.
"Pihak pengurusan sedang berusaha meningkatkan status pemain import. Mungkin akan ada pertukaran untuk memantapkan bahagian serangan Melaka," jelasnya.
Sementara itu, Elavarasan optimis pasukannya mampu bangkit walaupun masih belum mencatat sebarang kemenangan sejak menggantikan Eduardo Almeida dalam tiga perlawanan lalu.
Menyifatkan Melaka sudah mula mendapat keyakinan, Elavarasan berkata dia tidak berada dalam tekanan kerana perjalanan liga masih jauh, malah masih ada pasukan yang berada di kedudukan lebih buruk, iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan.
"Kekalahan ini tidak akan menghalang kebangkitan kami dalam aksi akan datang.
"Jaringan dibolosi sudah berjaya dikurangkan dan kami tidak lagi mengalami kekalahan besar. Kelemahan ketara ialah di bahagian serangan," tambah Elavarasan lagi.