Thomas Tuchel menegaskan Kylian Mbappe tidak akan memikul peranan Neymar dan Edinson Cavani ketika Paris Saint-Germain (PSG) berdepan Manchester United.
Pendahulu Ligue 1 itu akan berkunjung ke Old Trafford awal pagi esok untuk pertemuan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) tetapi perlu melakukannya tanpa kehadiran Neymar dan Cavani yang diketepikan akibat kecederaan kaki dan pinggul.
Justeru, bintang Perancis, Mbappe, disebut-sebut sebagai sandaran utama PSG dalam misi memastikan mereka meninggalkan England dengan kelebihan bekalan gol sebelum mengadakan pertemuan kedua di Parc des Princes, 7 Mac depan.
Bagaimanapun, pengurus PSG, Tuchel, tidak mahu pemain berusia 20 tahun itu mengubah pendekatannya dalam usaha mengimbangi ketiadaan rakannya di bahagian serangan.
"Tiada tekanan ke atas Mbappe," katanya dalam sidang akhbar semalam. "Bukan tugasnya untuk menggantikan Neymar dan Cavani serta memikul beban peranan ketiga-tiganya.
"Dia harus bermain dengan bebas, saya mahu kami membantunya dengan mencipta peluang untuknya. Dia akan menjadi semakin matang dan ini adalah detik terbaik buatnya."
Tuchel mengakui PSG terkesan tanpa kelibat Neymar yang mengalami kecederaan metatarsal dalam perlawanan Coupe de France bulan lalu -- kecederaan di tulang jari kaki yang sama tahun lalu.
"Biar saya berikan contoh yang lain: apakah Manchester United akan terkesan sekiranya kehilangan (Paul) Pogba atau (Marcus) Rashford?" soal Tuchel ketika ditanya apakah pasukan kendaliannya boleh mencari pengganti kepada kehilangan bintang Brazil itu.
"Anda tidak boleh menggantikan pemain berkualiti seperti ini. Neymar merupakan salah seorang watak penting di Eropah dan kami sangat merinduinya."
Tuchel amat berhati-hati dengan ancaman yang boleh ditimbulkan oleh Pogba dan Anthony Martial selepas mereka menyumbat tiga gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu.
"Saya tidak fikir ia sesuatu yang mengejutkan apabila merujuk Pogba sebagai pusat kekuatan United," katanya.
"Dia seorang pemain luar biasa dengan kualiti yang hebat, kawalan bolanya sangat menarik dan saya sentiasa fikir bahawa dia adalah pemain yang berbahaya. Dia dan Martial adalah gandingan yang berbahaya."
Bagaimanapun, Tuchel bercadang untuk menerapkan corak serangan sambil berharap dapat meledak gol.
"Kami mempunyai identiti permainan dan tidak mudah untuk menukarnya. Kami mengamalkan gaya menyerang -- ia dalam genetik kami," katanya.
"Kami berada di sini untuk menjaringkan gol, mungkin lebih daripada satu.
"Saya membayangkan United akan turun dengan garang dan kami perlu berada di tahap terbaik. Saya pasti dalam masa-masa tertentu, kami perlu lebih banyak bertahan."
Tambahnya: "Dengan 180 minit permainan, saya katakan peluang kami di Old Trafford adalah 50-50.
"Saya tidak pasti. Kami akan mempunyai pertemuan kedua di Paris dan kami berasa sangat mantap dan selesa di Parc des Princes.
"Dengan perincian, anda boleh memenangi keputusan menerusi pengadil, kad kuning, kad merah atau apa sahaja yang boleh membuat perbezaan," katanya lagi.