Menurut Samuel Eto'o, Kylian Mbappe mempunyai bakat untuk menjadi pengganti Lionel Messi, selagi mengikut contoh yang dipamerkan oleh bintang Barcelona itu.
Pemain kebangsaan Perancis, Mbappe, yang masih berusia 19 tahun telah memperkenalkan dirinya kepada dunia bahawa dia mampu menjadi bintang -- menjaringkan 26 gol untuk Monaco musim lalu dan 21 musim ini untuk Paris Saint-Germain (PSG).
Tetapi dia masih lagi jauh untuk dibandingkan dengan Messi, tetapi Eto'o percaya dia berpotensi untuk mengikut jejak langkah bintang Barca itu.
"Mbappe adalah pengganti Messi, jika dia terus meningkatkan prestasinya," kata Eto'o.
"Banyak perkara yang perlu diambil kira dalam usaha bergelar bintang. Saya berharap dapat bertemunya dan memberikan beberapa nasihat kepadanya.
"Mabppe mampu mengambil inspirasi daripada kekuatan mental yang dimiliki oleh Messi.
"Messi menjadi bola sepak sangat mudah dan menghasilkan sesuatu dalam setiap masa. Dia seorang pemain yang unik dan kekal sepertimana saya mula bertemunya pada 2004."