Kylian Mbappe menimbulkan persoalan mengenai perbincangan kontraknya dengan Paris Saint-Germain (PSG) sambil mendakwa ia bukan masa sesuai untuk bercakap tentang isu itu.
Mbappe dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, di mana pengendali pasukan itu, Zinedine Zidane, tidak menyembunyikan minatnya terhadap bintang berusia 21 tahun itu.
Pengarah Sukan PSG, Leonardo, sebelum ini mendedahkan perbincangan mengenai kontrak baru sedang dijalankan tatkala perjanjian terkini Mbappe bakal tamat pada penghujung musim 2021-22.
Ditanya mengenai masa depannya selepas PSG menewaskan Saint-Etienne 6-1 dalam aksi suku akhir Piala Liga Perancis awal pagi tadi, pemenang Piala Dunia itu berkata: "Saya sedia untuk bermain bola sepak dahulu kerana kami dalam bulan Januari.
"Kami memulakan pecutan final, di mana kami boleh bersaing untuk trofi. Saya rasa ia bukan masa yang betul untuk bercakap tentangnya.
"Kelab sentiasa tenang, semua orang menuju laluan sama. Jadi, untuk bercakap perihal di luar padang, ia tidak bagus."
Mbappe menemui sasaran ketika berdepan Saint-Etienne yang beraksi dengan 10 pemain tatkala PSG mara ke separuh akhir susulan ledakan hatrik Mauro Icardi.
PSG mendahului 3-0 dalam babak pertama menerusi Icardi, Neymar dan gol sendiri Jessy Moulin sebelum tuan rumah mengekalkan dominasi selepas rehat.
Mbappe membantu Icardi melengkapkan hatriknya dengan dua bantuan gol sebelum penyerang yang dipinjam daripada Inter Milan itu membantunya menjaringkan gol pada minit ke-67 dan Yohan Cabaye menjaringkan gol sagu hati pelawat empat minit kemudian.
Mengenai hubungan Mbappe dan Icardi, pengurus PSG, Thomas Tuchel, berkata: "Saya tidak tahu jika mereka sudah sampai ke tahap baru tetapi saya sedar mereka gembira beraksi bersama.
"Mereka beraksi cemerlang. Kami banyak bercakap mengenai empat penyerang tetapi anda tahu bahawa bagi saya, ia tentang psaukan. Kami perlu bermain secara berpasukan dengan 11 pemain. Itulah bola sepak."
Editor: Nafis Abdullah