Borja Mayoral menegaskan dia sedang memberikan tumpuan untuk menghabiskan musim bersama Real Madrid dan tidak memikirkan mengenai masa depannya.
Pemain berusia 21 tahun itu tampil dalam kesebelasan utama Real sebanyak tiga kali musim ini, hadir sebagai pemain gantian sebanyak 10 kali dan menjaringkan tiga gol.
Real dilihat bakal menamatkan saingan LaLiga di tangga ketiga selepas tewas 3-2 kepada Sevilla tetapi berpeluang untuk meraih trofi Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga apabila berdepan Liverpool di Kiev pada 26 Mei ini.
Mayoral beraksi empat kali dalam saingan Eropah dan menjelaskan bahawa dia tidak terjejas dengan situasinya bersama Real, sebaliknya fokus untuk baki perlawanan musim ini.
"Belum masa untuk saya membincangkan masa depan ketika aksi liga dan UCL masih belum berakhir.
"Sejujurnya, sukar untuk kekal di Real. Saya perlu mengambil setiap peluang dan menjaringkan gol.
"Saya perlu kekal fokus buat masa ini sebelum memikirkan perkara lain," ujarnya.