Skip to main content

Bola Sepak

Masalah gaji satu isu baru -- MFL

ghanihasan.jpg
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ghani Hassan, beranggapan masalah gaji melibatkan beberapa pasukan liga Malaysia adalah isu baru selepas tarikh akhir Jun 2019.

Terdapat pihak yang mempertikaikan pengeluaran lesen kepada beberapa pasukan yang masih dianggap gagal melangsaikan hutang lapuk melibatkan pemain dan jurulatih pasukan terlibat.

Walaupun ia melibatkan pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), MFL terpanggil untuk memberi reaksi untuk menjelaskan mengenai kemelut itu.

Lesen dikeluarkan sebaik pasukan berjaya melangsaikan hutang lapuk yang ada menerusi penilaian bulan akhir pada Jun setiap tahun.

"Selepas setiap masalah diselesaikan, kami mengeluarkan lesen dan isu tunggakan gaji serta bonus yang tidak dilunaskan kembali timbul dan ia berada dalam pantauan kami," katanya.

Itu antara punca utama MFL memperkenalkan Program Kawalan Ekonomi (ECP) di mana setiap pasukan perlu menghantar dokumen yang dimahukan selewat-lewatnya jam 12 tengah malam ini.

"Ia adalah langkah yang baik buat setiap pasukan. Jika sistem kewangan pasukan dikawal dengan rapi, tidak mustahil lebih ramai pihak yang mahu memberikan tajaan kepada pasukan tersebut."



Editor: Ammar Hakim

 

Advertisement

Must Watch Video