Skip to main content

Bola Sepak

Marseille hormat Salzburg dalam usaha cipta sejarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rudi-garcia.jpg
Jurulatih Marseille, Rudi Garcia, berhasrat untuk melakar sejarah dalam Liga Europa musim ini tetapi mengakui pasukannya perlu terlebih dahulu menghormati Red Bull Salzburg.

Wakil Ligue 1 itu berjaya mengelak seteru lebih mencabar, Atletico Madrid dan Arsenal, dalam separuh akhir, begitupun mereka perlu mengelak kejutan di Salzburg bagi mengelak mengulangi nasib yang dialami Borussia Dortmund dan Lazio.

Dengan itu, Garcia, yang menyaksikan barisan kendaliannya seri dan tewas sekali dengan Salzburg di peringkat kumpulan, enggan melihat terlalu jauh ke depan sungguhpun menyedari prospek mara ke final kelima di Lyon nanti sesuatu yang menarik.

"Jika kami boleh menang (pertemuan pertama) tanpa dibolosi, itu akan menjadi ideal," katanya menjelang pertemuan di Stade Velodrome awal pagi esok. "Bagaimanapun, kami tidak boleh ketepikan bahawa akan ada perlawanan timbal balik. 

"Kami berharap  akan dapat mengadakan tiga perlawanan Eropah lagi bagi musim ini. Jika itu berlaku, akan ada dua perlawanan (di Perancis) untuk dijadikan motivasi.

"Saya hanya menumpukan kepada aksi separuh akhir, kita akan lihat nanti jika kami boleh  mencatat sejarah kelab. Buat masa ini, terdapat dua perlawanan untuk menentang pasukan Salzburg yang sangat hebat. 

"Kami mempunyai sejarah yang kukuh dalam saingan Eropah dan itulah sebabnya kami bermotivasi -- Marseille dan bola sepak Eropah adalah sesuatu yang istimewa," katanya.

Tonggak utama, Florian Thauvin, juga tidak sabar untuk memperagakan aksi, namun tetap merendah diri.

"Ini perlawanan yang sangat penting -- mungkin yang paling penting dalam kerjaya walaupun saya pernah bermain dalam final Piala Dunia Bawah 20 tahun," katanya.

"Sudah 14 tahun sejak Marseille beraksi dalam final di peringkat Eropah, kami harus terus fokus dan tidak terlalu memikirkannya."

 

Advertisement

Must Watch Video