Skip to main content
Advertisement

Badminton

Terbuka Singapura: Khai Xing-Aaron Tai hampir 'smash' bekas beregu nombor satu dunia

aa

Beregu lelaki meningkat naik negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai, terpaksa akur terkandas dalam pusingan suku akhir, Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2026, sebentar tadi.

Wakil negara itu ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan keempat kejohanan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, menerusi aksi rubber set, 21-19,17-21, 13-21  dalam tempoh 59 minit.

Wakil negara mempamerkan aksi menyakinkan dalam set pertama untuk mendahului 15-11, meskipun menerima saingan sengit daripada bekas beregu nombor satu dunia itu tidak menjadi penghalang buat Khai Xing-Aaron Tai, menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-19.

Momentum itu diteruskan wakil negara dalam awal set kedua, namun lawan yang kembali mempertajamkan serangan dan pertahanan berjaya meraih kemenangan 21-17 untuk memaksa wakil negara membuat perhitungan di set penentuan.

Set ketiga menyaksikan Shetty-Rankireddy lebih mendominasi permainan hingga memaksa wakil negara melakukan kesilapan mudah dan tewas 13-21.

Sebelum ini, gandingan muda itu menewaskan pasangan Indonesia yang menduduki ranking ketujuh dunia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, sekali gus melangkah ke peringkat suku akhir buat julung kali.

Terdahulu, mereka pernah menewaskan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam pusingan pertama Seluruh England pada Mac lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video