Pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Marquinhos, berkata pemain-pemain tidak pernah mempercayai bahawa Neymar akan berhijrah ke Real Madrid musim panas ini.
Bintang Brazil itu dijangka akan kembali ke saingan LaLiga bersama skuad kendalian Zinedine Zidane itu, kurang setahun selepas meninggalkan Barcelona.
Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, menjelaskan beliau 2,000 peratus pasti Neymar tidak akan meninggalkan kelab manakala Marquinhos menjangkakan rakan senegaranya itu tidak akan ke mana-mana.
"Saya berasakan Neymar akan kekal bersama PSG," katanya. "Anda telah dengar kata-kata presiden. Saya berasakan dia akan tinggal di sini.
"Kami tidak pernah mempercayai Neymar akan berhijrah dan kami tidak pernah berbincang mengenainya."
Terdapat laporan yang mencadangkan Real sedia menawarkan EURO260 juta (RM1.2 bilion) untuk mendapatkan khidmat Neymar.
Bagaimnapaun, penyerang itu turut memberikan bayangan bahawa dia akan terus kekal bersama pasukan -- mengatakan dia "berbangga menyarung jersi ini dan mahu terus menghiburkan anda".
Pemain berusia 26 tahun itu telah menjuarai empat gelaran domestik, termasuk gelaran Trophee des Champions, dalam musim pertama di Parc des Princes.