Ketua pasukan Inter Milan, Mauro Icardi, seharusnya menjadi penyerang pilihan ketujuh Argentina, demikian menurut ikon negara itu, Diego Maradona.
Icardi pernah dipanggil menyertai Argentina dalam kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay pada 2013, namun masih gagal membuat kemunculan di peringkat antarabangsa.
Pemain berusia 23 tahun itu muncul penjaring terbanyak Serie A musim 2014-2015 dengan 22 gol di samping Luca Toni, dan dia menemui sentuhan penyudah sebanyak 14 kali musim ini, namun masih gagal menambat hati pengendali Argentina, Edgardo Bauza.
Bauza mengakui dia tidak mempunyai masalah untuk memilih Icardi, namun Maradona sering mengkritik penyerang itu sejak Icardi mengahwini bekas isteri rakan sepasukannya di Sampdoria, Maxi Lopez, dengan berpendapat kelibatnya dalam pasukan kebangsaan sepatutnya dijauhi.
"Biarkan Icardi sebagai penyerang pilihan ketujuh, bukan keempat. Daripada memanggil Icardi, saya akan memilih Daniel Bazan Vera (berumur 40 tahun)," kata Maradona kepada Radio Rivadavia.
"Saya sangat menggemari Lucas Pratto. Saya lebih suka Icardi dipinggirkan daripada skuad kebangsaan."