Jurgen Klopp mengesahkan penggempur, Sadio Mane, mungkin terlepas dua perlawanan seterusnya bersama Liverpool ekoran kecederaan di bahagian ototnya.
Pemain antarabangsa Senegal itu dikeluarkan dalam aksi separuh masa pertama ketika Liverpool menang 2-1 di Wolves, Jumaat lalu selepas mengadu masalah hamstring.
Pemain berusia 27 tahun itu tidak dapat diturunkan ketika mereka seri 2-2 dengan Shrewsbury Town dalam pusingan keempat Piala FA, hujung minggu lalu, dan bakal terlepas kunjungan ke West Ham sempena pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.
Bagaimanapun, Klopp menjangkakan Mane akan terlepas satu lagi perlawanan -- pertembungan menentang bekas kelabnya, Southampton, Sabtu ini -- memandangkan kecederaan itu tidak seburuk yang disangkakan.
"Sadio tidak akan terlibat untuk perlawanan menentang West Ham dan mungkin juga ketika kami berdepan Southampton," kata Klopp dalam sidang akhbar malam tadi.
"Selain itu, keadaannya harus baik-baik sahaja dan seminggu selepas itu, dia sepatutnya sudah bersedia untuk kembali beraksi.
"Ada koyakan kecil di ototnya dan ia cukup serius untuk mengetepikannya tetapi kami agak bernasib baik memandangkan kecederaan itu tidak begitu serius.
"Tetapi oleh kerana kami mempunyai tiga perlawanan dalam satu tempoh seminggu, ini bermakna dia akan tersisih untuk tiga perlawanan."
Mane telah beraksi dalam 21 perlawanan EPL musim ini dan dipertaruhkan sebanyak 31 kali dalam semua kejohanan.
Editor: Shaiful Shamsudin