Skip to main content

Bola Sepak

Manchester City pasti ditekan jika berbelanja seperti Chelsea -- Guardiola

2_73299261.jpg
Pep Guardiola percaya Manchester City pasti akan diberi tekanan hebat seandainya mereka berbelanja seperti Chelsea sejak 12 bulan lalu.

Perbelanjaan City telah lama dipantau sejak pengambilalihan Sheikh Mansour pada 2008 dengan kelab itu masih menghadapi 115 pertuduhan Liga Perdana Inggeris (EPL) atas dakwaan melanggar peraturan kewangan.

Tetapi Guardiola menegaskan pendekatan mereka sentiasa berhemat, berbeza dengan yang diambil oleh kumpulan pemilikan yang diterajui Todd Boehly di Stamford Bridge, di mana ketibaan bekas bintang akademi City, Romeo Lavia, minggu ini telah menelan perbelanjaan seteru mereka itu yang mencecah £1 bilion (RM5.9b) sejak musim panas lalu.

City yang menandatangani Josko Gvardiol dan Mateo Kovacic dalam jendela kali ini mungkin kembali ke pasaran berikutan situasi Kevin De Bruyne yang berdepan rehat hingga lima bulan dan ketidakpastian mengenai masa depan Cole Palmer, namun Guardiola berkata mereka hanya akan membayar harga yang berpatutan.

“Saya tidak akan bertahan di sini jika kami berbelanja seperti Chelsea dalam dua jendela perpindahan terakhir -- media akan membunuh saya,” kata pengurus berbangsa Sepanyol itu. 

“Awak akan bunuh saya, itu sudah pasti. Kami akan berada di bawah pemerhatian yang anda tidak dapat bayangkan.

 

“Apabila orang berkata hanya Manchester City dan Pep Guardiola yang membeli pemain, saya tidak pasti adakah kami mempunyai begitu banyak wang untuk membeli semua barisan yang saya ada ketika ini. 





“Kami perlu melihat apa yang berlaku dalam pasaran dan jika kami boleh melakukannya dengan bayaran setimpal. 

“Kami mahukan Harry Maguire dan tidak membelinya kerana kami tidak bersetuju dengan nilainya, kami inginkan Marc Cucurella dan tidak membayar, kami mahu Alexis Sanchez dan tidak membayar.

“Akhirnya kami hanya akan membeli dengan harga setimpal. Jika tidak, kami akan merujuk kepada pemain di akademi.”

Advertisement

Must Watch Video