Skip to main content

Bola Sepak

Madrid bukan pilihan dalam final UCL -- Zidane

zinedine-zidane.jpg
Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, berpendapat pasukannya bukan pilihan di ambang perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Liverpool, awal pagi esok. 

Madrid memenangi dua final terakhir dan dilabel pasukan kegemaran untuk meraih tiga gelaran berturut-turut di Kiev, Ukraine.

Bagaimanapun, Zidane enggan mengiktiraf hakikat bahawa ramai yang menganggap pasukannya adalah pilihan untuk meraih satu lagi kejayaan, sebaliknya menegaskan bahawa skuad kendaliannya memiliki peluang sama rata. 

"Orang ramai akan bercakap tentang banyak perkara tetapi kami tahu ia tidak begitu," katanya. "Perlawanan akhir adalah perlawanan akhir. Kami bukan pilihan, Liverpool bukan pilihan.

"Apa yang perlu kami lakukan ialah menampilkan permainan yang hebat. Pasukan pilihan? Di dalam bilik persalinan, itu bukan apa yang kami percaya," ujarnya.

Zidane turut berminat dalam memastikan penampilan final ketiga berturut-turut tidak akan sama sekali menimbulkan kepuasan di dalam diri pemainnya sambil mendesak mereka untuk menikmati setiap peluang untuk mendominasi saingan Eropah.

"Kami hanya menikmati saat ini, menikmati persiapan ini, menikmati hakikat bahawa kami dalam perlawanan akhir yang lain," katanya.

"Kami sudah mengharungi banyak cabaran dan kami mungkin akan melalui lebih banyak perkara yang mengagumkan atau mungkin ia tidak akan berlaku lagi, jadi kami perlu memanfaatkannya.

"Kami adalah manusia dan manusia dipengaruhi oleh emosi, ini menjadikan kehidupan lebih indah."

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menyifatkan taktik Zidane sebagai "kekacauan yang baik" pada awal hari dan Zidane mengakui komen-komen itu dalam penilaiannya sendiri tentang bagaimana perlawanan ini akan berlangsung.

"Bola sepak sangat mudah. Ada dua pasukan dan anda harus mengenal pasti cara untuk merosak pasukan lain sambil mengendalikan kerosakan lawan terhadap anda juga," katanya.

"Oleh itu, dengan falsafah permainan anda... kami mempunyai detik tidak menentu dan esok apatah lagi.

"Tetapi, anda perlu meminimumkan detik-detik itu, memberi aksi yang jitu, namun pasti akan ada saat-saat anda perlu bertungkus lumus."
 

Advertisement

Must Watch Video