Pengalaman mengecewakan dalam Euro 2016 meneguhkan semangat Hugo Lloris untuk menjulang Piala Dunia 2018 sebagai ketua pasukan Perancis, Ahad ini.
Portugal mengecewakan Les Bleus di tanah air sendiri dua tahun lalu dengan mencatat kemenangan 1-0 dalam masa tambahan di Stade de France melalui jaringan Eder selepas Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan dalam separuh masa pertama perlawanan akhir itu.
Ketua jurulatih, Didier Deschamps, membawa pasukannya ke final kejohanan utama buat kali kedua susulan jaringan tunggal Samuel Umtiti menjadi pemisah pertemuan dengan Belgium di St Petersburg, awal pagi tadi.
Sungguhpun jurulatih dan ketua pasukan kekal, skuad Perancis kali ini banyak dirombak -- suntikan hebat pemain muda yang menyaksikan hanya sembilan tonggak yang kekal daripada 23 pemain yang terlibat dalam Euro 2016.
"Ini perasaan luar biasa tetapi kami tewas dua tahun lalu dan itulah sebabnya kami berasakan (keperluan) untuk terus berpijak di bumi nyata," kata Lloris.
"Adalah penting untuk memastikan hakikat itu kerana perasaan itu kuat dalam kalangan pasukan ini. Masih ada satu perlawanan untuk diharungi dan yang paling penting dalam kerjaya kami.
"Kebanyakan pemain pasukan ini tidak bermain dalam Euro 2016. Terdapat perbezaan besar di antara kedua-dua kejohanan.
"Bagi pemain yang terlibat, ya, kami boleh menggunakan pengalaman sendiri untuk menunjukkan jalan yang betul kepada pemain muda," ujarnya.
Deschamps, yang turut mengetuai Perancis ke suku akhir Piala Dunia 2014, tidak pernah menikmati pujian besar sepanjang membimbing Perancis, begitupun Lloris percaya bekas ketua pasukan Les Blues berkenaan telah menemui taktik yang ideal dalam pusingan kalah mati.
"Pengurus kami layak mendapat pujian besar," katanya. "Berdepan Argentina, Uruguay dan sekali lagi menentang Belgium, perancangannya adalah sempurna.
"Kami menyesuaikan sedikit cara permainan kami berdasarkan lawan yang dihadapi dan pujian harus diberikan kepadanya. Pemain melakukan yang terbaik di atas padang dan cuba menghormati arahan jurulatih.
"Seterusnya, kami mempunyai bakat, kepercayaan, semangat untuk menjadikan perlawanan sebagaimana yang kami mahukan," tambahnya.
Kembali ke topik asal, Lloris menambah: "Perlawanan terpenting dalam karier kami adalah yang di hadapan kami, kami akan cuba memastikan dapat mencurahkan segala-galanya."