ROMA 4 LIVERPOOL 2
(Liverpool mara ke final dengan agregat 7-6)
Liverpool menempah slot final untuk bertemu juara bertahan, Real Madrid, dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di sebalik kekalahan 4-2 kepada Roma dalam separuh akhir kedua di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berkunjung ke Itali dengan kemenangan 5-2 dalam aksi di Anfield, yang menyaksikan lawan mereka itu meraih dua gol di tempat lawan.
Bagaimanapun, kesilapan Radja Nainggolan ketika melakukan hantaran pada minit kesembilan, dihukum Sadio Mane untuk membuka jaringan.
Jaringan sendiri James Milner, bagaimanapun, tidak menggugat permainan Liverpool selepas mereka kembali mengetuai permainan menerusi jaringan Georginio Wijnaldum pada minit ke-25.
Selepas perlawanan bersambung dalam babak kedua, Edin Dzeko hanya memerlukan tujuh minit untuk menyamakan kedudukan.
Dua gol daripada Nainggolan menyaksikan Roma mendahului permainan 4-2, bagaimanapun kebangkitan yang dilakukan oleh skuad Eusebio Di Francesco itu ketika berdepan Barcelona gagal diulangi bagi membawa mereka ke final.
Di sebalik kekalahan itu, kelebihan jaringan menerusi agregat 7-6 membawa Liverpool dalam cabaran untuk menjuarai UCL buat kali ketujuh manakala Real Madrid dalam misi untuk melakar kejuaraan hatrik.