Jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, mendedahkan kata dua yang diberikan di bilik persalinan membantu pasukannya mengekang Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada menambah lebih banyak gol Liga Super, malam tadi.
Skuad Haria Penang Haria hanya dibolosi satu gol dalam babak kedua berbanding lima gol dalam separuh masa pertama biarpun akhirnya tetap tewas dengan kekalahan besar.
"Kami lambat panas.
"Kami dah tau akan datang untuk menekan kami dari awal minit lagi.
"Kalau kami tidak tenang untuk kawal keadaan dan malangnya kami dihukum dengan lima dalam 45 minit pertama.
"Kemudian saya pesan kalau kami terus berputus asa dalam babak kedua, kami akan kena lagi banyak.
"Kami perlu berhempas pulas dan nampak senario yang berbeza berbanding separuh masa pertama," katanya.
Pertemuan itu turut menyaksikan Penang membolosi gawang lawan, namun jaringan Dylan Wenzel-Halls dibatalkan gara-gara dikatakan berlaku insiden kekasaran pada minit ke-54.