Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liga Super: Negeri Sembilan perlu 10 tahun untuk saingi JDT

k-devan.jpg
Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan, mengakui kepincangan pasukan itu menjadi punca mereka dibelasah Johor Darul Ta'zim (JDT) 7-0 dalam perlawanan Liga Super di laman sendiri semalam.

Jelas kecewa dengan persembahan anak buahnya, Devan, bagaimanapun, tampil menjelaskan keadaan sebenar yang sedang melanda pasukan itu, di mana mereka merekodkan kekalahan terbesar dalam tempoh sedekad lalu.

Devan berkata pasukan bimbingannya itu memerlukan 10 tahun lagi untuk dapat bersaing dengan pasukan juara bertahan berkenaan.

"Kalau kita lihat daripada kualiti mereka, kita memang perlu mengakui bahawa mereka memiliki kualiti berbeza dan jika kami mahu menandingi mereka, kami memerlukan 10 tahun lagi untuk dapat bersaing dengan mereka," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

"Selain itu, kami juga tidak melalui proses pramusim yang baik, di mana kebanyakan pemain import kami tiba lewat.

"Kami tidak memiliki pemain import yang mencukupi," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video