Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Negeri Sembilan beri tentangan hebat sebelum tewas kepada JDT, Bergson pahat sejarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-vs-ns-full-time.jpg
Negeri Sembilan memberikan tentangan hebat sebelum tewas 3-5 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebentar tadi.

Bahkan, skuad Jang itu mendahului 2-0 dalam 12 minit pertama bermula dengan jaringan Joseph Esso pada minit kelapan disusuli sentuhan pemusnah Jovan Motika.

Bagaimanapun, Harimau Selatan memastikan mereka tidak ketinggalan sebelum ke blik persalinan apabila Jon Irazabal dan Joao Figueiredo berhasil mendapatkan gol penyamaan dalam tempoh empat minit, masing-masing dengan gol pada minit ke-38 dan 41.

JDT berada di depan buat kali pertama pada minit ke-57, juga menerusi sentuhan Irazabal dan seminit kemudian, Arif Aiman Hanapi menjadikan kedudukan 4-2 memihak Harimau Selatan.

Tiada erti mengalah buat Negeri Sembilan untuk Motika kembali merapatkan kedudukan menerusi gol kedua peribadinya pada minit ke-60.

Bergson da Silva, yang masuk sebagai pemain gantian, memahat sejarah peribadi dengan jaringannya dalam waktu kecederaan untuk memastikan kemenangan 5-3 JDT.

Dengan jaringan itu, pemain berusia 34 tahun berkenaan kini menghimpunkan 106 gol dalam saingan Liga Super untuk menyamai rekod terbanyak sepanjang zaman milik Indra Putra Mahayuddin.

 
Negeri Sembilan Football Club Jersey

Sarung Jersi Rasmi!

Tunjukkan sokongan tulus dengan memakai jersi rasmi musim 2025–26. Bukan sahaja bergaya — ia simbol kebanggan dan kesetiaan kepada skuad Jang.


Ayuh, Pakai & Wakili Semangat Negeri Sembilan!

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video