Namun, tidak seperti yang dirancang, Gordic memerlukan masa untuk mengadaptasi corak permainan di Liga Super berbanding saingan Liga divisyen dua China sebelum ini.
Menyedari tekanan semakin memuncak, penyerang berusia 31 tahun itu akan mengerahkan kudratnya dan keringat untuk memburu kejayaan peribadi sekali gus meledak dalam saingan Liga Malaysia.
Kombinasi menarik dari JDT & Kedah DA yang pastinya menjanjikan jalan cerita tersendiri di SSI.
— karlnunis (@_karlnunis) August 9, 2024
Ayuh Lesgooo ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️@ASTROARENA pic.twitter.com/ZFM3b3nWb2
Dia menyuarakan janji memandangkan senario seperti ini sudah dilaluinya dan atas faktor itu, Gordic percaya dengan percaturan taktikal Nafuzi Zain, dimana dirinya mampu menghadirkan ancaman fizikal terhadap benteng terakhir Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Berdepan JDT amat sukar kerana mereka pasukan yang baik dan sentiasa memberikan tekanan.
"Tetapi kita mempunyai peluang untuk meraih kemenangan. Jordi Amad bermain di England, Sepanyol dan merupakan pemain yang bagus serta beberapa pemain lagi.
"Saya mahu menjaringkan gol, saya penyerang dan saya perlu jaringkan gol. Saya mahu berada lama di Malaysia beberapa tahun lagi, tapi jika tidak menjaringkan gol ia sukar. Sama seperti ketika saya beraksi buat kelab di China." Katanya kepada Nadi Arena.