Pelancaran $JDT Fan Token oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal membantu perkembangan skuad Harimau Selatan itu sehingga ke peringkat antarabangsa.
Menurut Ketua Unit Komersial JDT, Kevin Ramalingam, pengenalan terhadap $JDT Fan Token merupakan cebisan idea daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai TMJ, selaku pemilik kelab yang telah menjangkau usia sedekad itu.
Malah katanya, pelancaran $JDT Fan Token juga bertujuan bagi menghargai penyokong dan membawa mereka lebih dekat dengan melibatkan pandangan penyokong dalam perkara yang akan dilakukan pada masa depan.
"Menerusi pemilikan token tersebut, penyokong JDT dapat menyuarakan pendapat mereka menerusi undian yang akan dibuat menerusi platform Socios.com.
"Contohnya, menerusi pemilikan token ini, penyokong dapat membuat undian apa gaya 'celebration' yang akan dilakukan Arif Aiman Hanapi dalam perlawanan akan datang. Sebelum ini, kami telah membuat undian untuk meletakkan nama 'Arif' sahaja pada jersi pemain sayap itu.
"Mungkin selepas ini, kami akan mẹmbuat undian apa nombor jersi yang akan dipakai Arif Aiman dan sebagainya. Perkara ini yang akan mendekatkan penyokong dengan kelab, mereka ada kuasa memutuskan perkara ini dan merasakan mereka sebahagian penting kepada JDT," katanya.
Kevin berkata demikian bersempena Majlis Pelancaran $JDT Fans Token di sebuah pusat membeli-belah terkemuka Johor Bahru semalam.
Token berkenaan boleh dimiliki dengan harga serendah RM5.67 (AS$1) bagi setiap token.
Ia juga boleh dipindah milik, namun nilainya mungkin akan meningkat pada masa akan datang.
Difahamkan, bagi peringkat permulaan, dianggarkan sejumlah 50,000 $JDT Fan Token sahaja yang boleh dimiliki.
Katanya, ini merupakan cara JDT menghargai penyokong kelab dengan mengambil bahagian dalam keputusan yang diambil selain menerima keistimewaan lain yang ditawarkan dari semasa ke semasa.
Sementara itu Kevin berkata, JDT merupakan kelab pertama di negara ini yang menggunakan Fan Token, yang turut digunakan oleh kebanyakan kelab tersohor Eropah seperti AC Milan, Paris Saint German (PSG), Arsenal dan Juventus.
"JDT telah berkembang dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini dengan kepimpinan Tunku Mahkota Johor yang bervisi antarabangsa, dengan kejayaan yang di lakar.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu melupakan penyokong yang berdiri teguh bersama kami selama ini dan pemilikan token ini mampu meletakkan penyokong JDT setanding dengan penyokong kelab Eropah kerana menggunakan token dalam platform yang sama.
"Kami harap token ini menjadi sesuatu yang bernilai pada masa akan datang," katanya.
Kredit: Sinar Harian