Aksi tertunda Liga Super melibatkan Terengganu dan Kuching City berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi mata.
Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk pamer keampuhan mereka apabila Manuel Ott tangkas memberi pasukannya kelebihan awal selepas minit kelapan.
Terengganu berpeluang menamatkan babak pertama dengan sekurang-kurangnya kelebihan tiga jaringan namun, percubaan Syahmi Zamri di lewat perlawanan gagal menguji penjaga gol Kuching, Wan Azraie Wan Teh.
Tuan rumah berjaya mengekalkan momentum di separuh masa kedua untuk akhirnya menggandakan kelebihan menerusi Ishmahil Akinade.
Namun situasi tersebut bersifat sementara sahaja kerana dua gol dalam seminit bagi Kuching City berjaya mengikat kedudukan bermula dengan jaringan Jordan Minteh.
Malam pasukan pelawat bertukar murung apabila Filemon Anyie Standly dilayangkan kad merah kerana mengasari lawan.
Bagaimana, keputusan kekal 2-2 sehingga wisel penamat untuk kedua dua pasukan berkongsi mata, berbaki empat perlawanan ke hujung musim 2024/25.
Dalam aksi di Stadium Likas pula -- perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada jam 7:15 petang terpaksa ditangguhkan hampir dua jam susulan hujan lebat melanda kepulauan Borneo.
Namun aksi Sabah berdepan KL City itu kembali dilangsungkan tepat jam 9.15 malam ekoran hujan lebat.
Situasi itu tidak merencatkan semangat Sang Badak yang terus lancar serangan dan hasilnya mereka berjaya ledak gol pembukaan seawal minit ketujuh.
S. Kumaahran menceriakan kehadiran pemain ke-12 mereka menerusi tandukan cukup padu untuk Sabah di depan 1-0.
Ada usaha dari The City Boys untuk kembali mengikat kedudukan namun tiada penyudah sempurna terhasil sehinggalah di minit ke-38, satu terjahan keras dilakukan Park Tae-su ke atas Patrick Reichelt dalam kotak penalti.
Meniti minit ke-71 permainan, Haqimi Azim berjaya mengikat jaringan pada penghujung permainan dan berjaya memastikan KL City membawa pulang satu mata.