Ketua jurulatih Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak, mengakui tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil yang menyaksikan pasukannya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan Liga Super menentang Penang FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.
Menurutnya, dia akan menghantar surat bantahan berhubung mutu pengadilan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) walaupun sedar ia tidak akan dapat mengubah keputusan itu.
"Apabila saya duduk di sini, saya akan berfikir terlebih dahulu sama ada boleh bercakap tentang pengadil perlawanan tetapi jika saya komen, saya akan berdepan masalah.
"Saya akan didenda atau digantung jika membuat komen tetapi apabila saya fikirkan kembali, kenapa kami sebagai jurulatih tidak boleh memberikan pandangan?
"Sudah tentu, pasukan boleh membuat bantahan dengan bukti video dan sebagainya tetapi keputusan tetap sama. Boleh anda berikan kembali dua mata tersebut? Tidak," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
Bojan juga berharap agar FAM dapat mempertimbangkan untuk mengubah peraturan membolehkan jurulatih memberikan pendapat mengenai pengadil dan isu bola sepak yang lain.
"Dengan cara ini ia akan menambah baik kualiti liga," katanya.
Selepas ini, KL City akan berdepan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Rabu ini dan Bojan mahu pasukannya fokus kepada perlawanan berkenaan.
"Padang hari ini agak teruk. Bola melantun, terutama di dalam kotak penalti. Saya harap padang akan bersedia untuk perlawanan seterusnya.
"Apabila menyewa padang, sudah tentu menjangkakan ia berada dalam keadaan baik. Kita semua bercakap tentang bola sepak profesional tetapi padang hari ini benar-benar mengerikan," ujarnya.
Kredit: Sinar Harian