Kapten Medanian Titanic, Qistina Humairah Mohd Azari, cemerlang mempamerkan aksi lincah mengemudi pasukannya dalam saingan pusingan kelayakan Liga Puteri Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 2025.
Pemain berusia 13 tahun itu tidak gentar untuk berdepan lawannya yang memiliki kelebihan fizikal yang lebih baik tatkala menunjukkan kematangan selaku ketua pasukan ketika bermain di atas padang.
"Tidak perlu hiraukan kelebihan fizikal pasukan lawan, kekal berikan yang terbaik di atas padang dan elakkan berfikiran negatif.
"Saya mahu berterima kasih kepada jurulatih dan ayah saya yang banyak membantu saya untuk menjadi pemain bola sepak," katanya.
Meskipun Qistina tidak berjaya membawa pasukannya untuk melayakkan diri ke divisyen elit, pemain yang bertubuh kecil itu muncul antara watak penting untuk memacu kelab dari Johor Darul Ta'zim itu mencatat satu kemenangan, satu keputusan seri dan satu kali tewas dalam penampilan sulung mereka dalam kejohanan tersebut.
Ketua jurulatih Medanian Titanic, Izwyn Zulkapri, turut memuji bakat Qistina dalam mengemudi pasukannya di atas padang.
"Saya nampak ciri kepimpinan Qistina selaku kapten pasukan. Dia cemerlang memberi motivasi kepada ahli pasukannya walaupun ada rakan sepasukan yang lebih berusia daripadanya," katanya.