Pemain tengah Real Madrid, Isco, menjangkakan final Liga Juara-Juara Eropah satu pertembungan 'menarik' apabila pasukannya menentang Liverpool di Kiev, 27 Mei ini.
Skuad Jurgen Klopp itu menempah slot untuk menentang Los Blancos yang memburu gelaran ketiga berturut-turut selepas The Reds meraih kemenangan mengagumkan ke atas Roma dalam separuh akhir.
Pasukan Zinedine Zidane itu menjadi skuad kegemaran menuju ke pertembungan akhir tetapi Isco tidak akan mengambil apa-apa kesempatan daripada situasi itu.
"Ia akan menjadi perlawanan yang sangat menarik," kata Isco.
"Ia adalah kejohanan yang paling penting di peringkat kelab dan Real Madrid adalah raja di Eropah. Kami mempunyai peluang untuk menuntutnya sekali lagi selepas musim yang kami tidak lakukan dengan baik dalam liga dan piala.
"Ia akan menjadi cara terbaik untuk menamatkan musim ini.
"Memang benar pada mulanya mereka bukanlah antara pilihan tetapi Liverpool telah menunjukkan mereka berhak berada dalam final.
"Mereka mempunyai jurulatih hebat dan pemain yang kuat untuk membuat perbezaan dalam serangan.
"Kami berada dalam final untuk satu tahun lagi dan sangat penting untuk meneruskan tahap yang tinggi ini. Kedua-dua pasukan dan peminat sangat teruja."