Skip to main content

Bola Sepak

Lewandowski letakkan masa depannya di tangan ejen

lewandowski-cropped_1rjdjhrlr9o3b1hhz68k7ycrfn.jpg
Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski, enggan menjauhkan diri dengan dakwaan mengatakan dia mahu meninggalkan juara Bundesliga itu.

Ejen Lewandowski, Pini Zahavi, memberitahu Sport Bild bahawa kliennya itu mahukan cabaran baru selepas meraih kejayaan liga utama empat kali berturut-turut di Allianz Arena.

"Robert berasakan bahawa dia memerlukan perubahan dan cabaran baru dalam kerjayanya," kata Zahavi yang membantu mengendalikan perpindahan rekod dunia Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) pada Ogos lalu.

"Pemimpin Bayern tahu mengenainya."

Dalam sidang media ketika tugasan pasukan kebangsaan Poland hari ini, Lewandowski kelihatan mengelak untuk bercakap tentang isu tersebut tetapi mengesahkan masa depannya di tangan Zahavi.

"Ejen saya menguruskan perkara ini," katanya. "Saya memberi tumpuan kepada persediaan untuk Piala Dunia.

"Itulah perkara yang paling penting, saya tidak fikir apa-apa lagi."

Lewandowski masih berada dalam kontrak sehingga 2021 di Bayern dan telah dikaitkan dengan Real Madrid pada musim ini.

"Sepanjang musim, terdapat banyak khabar angin tentang di, tetapi kami semua tetap tenang, begitu juga dengan Lewy," kata pemain pertahanan Bayern, Niklas Sule.

"Dari luar, selalu ada perbincangan lebih daripada apa yang sebenarnya berlaku dalam pasukan. Dia selalu bermotivasi dan menjaringkan 30 gol musim ini dalam Bundesliga."

Advertisement

Must Watch Video