Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Lewandowski, Coman, Martinez tercicir latihan Bayern di Doha

lewandowski.jpg
Robert Lewandowski, Kingsley Coman dan Javi Martinez terlepas kem latihan Bayern Munich di Doha, Qatar yang bermula hari ini. 

Penggempur, Lewandowski, yang menjalani pembedahan pangkal paha bulan lalu akan berada di Jerman untuk meneruskan sesi pemulihannya walaupun pada mulanya telah merancang untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan pemain yang akan menjalani latihan di bawah cuaca panas itu. 

Coman yang lutut kirinya terkoyak serta Martinez yang mempunyai masalah otot juga akan terlepas kunjungan itu.

Begitu juga dengan Niklas Sule yang meneruskan pemulihannya berikutan kecederaan ligamen lutut pada Oktober lalu. 

Skuad Bayern, bagaimanapun, akan dibarisi pemain senior dan enam pemain muda: Joshua Zirkzee, Sarpreet Singh, Leon Dajaku, Oliver Batista-Meier, Chris Richards dan Bright Akwo Arrey-Mbi.

Juara Bundesliga itu akan mengadakan latihan di Aspire Academy for Sports Excellence selama seminggu di bawah pemantauan pengurus sementara, Hansi Flick, yang menjanjikan "latihan keras dan intensif" sebelum mereka bertemu Nurnberg dalam perlawanan persahabatan, 11 Julai depan. 

Mereka akan menyambung kempen musim ini dengan berkunjung ke Hertha Berlin bagi aksi liga pada 19 Januari ini. 
 
 

Advertisement

Must Watch Video