Skip to main content

Bola Sepak

Lenglet akan bincang dengan Machin sebelum buat keputusan ke Barcelona

lenglet-messi-cropped_o6drl08bpx7czngd09owu0xk.jpg
Pemain pertahanan Sevilla, Clement Lenglet, tidak akan membuat keputusan mengenai perpindahan ke Barcelona sehingga dia bercakap dengan jurulatih baru, Pablo Machin, kata ejen pemain pertahanan tengah itu.

Lenglet disebut-sebut menjadi sasaran Barca ekoran cepat menyesuaikan diri dengan kehidupannya di Sepanyol selepas berpindah dari Nancy pada Januari tahun lalu.

Dia meraih peranan untuk berada dalam skuad utama di bawah Jorge Sampaoli dan terus mendapat kepercayaan Eduardo Berizzo, Vincenzo Montella dan Joaquin Caparros sepanjang kempen baru-baru ini, yang terlepas hanya tiga perlawanan.

Masih berusia 22 tahun, Lenglet membuat lebih banyak penampilan LaLiga berbanding pemain Sevilla lain pada 2017-18 dan dijangka akan menjadi pemain penting sekali lagi untuk penggal berikutnya di bawah Machin jika kekal berada di kelab itu.

Bekas pengendali Girona, Machin, yang diumumkan sebagai pengganti tetap kepada Montella semalam -- bagi mengambil alih tugas jurulatih sementara, Caparros -- masih belum memastikan masa depan Lenglet walaupun mendapat minat daripada Barca.

"Lenglet sedang bercuti dan tidak akan memutuskan (masa depannya) sehingga dia berbincang dengan jurulatih barunya," kata ejen kepada pemain pertahanan itu, Gregory Dakad, kepada Estadio Deportivo.

"Tidak ada berita. Idea tetap sama dan kami mahu menghormati Sevilla."

Advertisement

Must Watch Video