Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menghela nafas lega apabila pasukannya dapat mencuri satu mata di tempat lawan ketika seri 1-1 menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Cheras, malam tadi.
Menurutnya, penghargaan harus diberi kepada pemain kerana tidak patah semangat, sebaliknya berjuang hingga wisel penamat.
"Mereka tidak menyerah kalah," ujar Abu Bakar.
Semalam, PKNP nyata mendominasi permainan, terutama pada separuh masa pertama, dengan empat peluang menghasilkan gol, termasuk tandukan yang terkena palang oleh ketua pasukan, Sharel Fikri Md Fauzi, namun Selangor tetap kental bertahan.
"Melihat situasi ini, saya membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Alif Safwan Sallahuddin, Muhammad Ridzuan Azly Hussham dan Mohd Norhakim Isa bagi menggantikan dua pemain import , Luben Gueorguiev, Yeon Gisun serta pemain tengah, Fadhil Idris.
"Ini mengubah momentum menyerang dan Mohamad Hafiz Ramdan terus menyinar dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menghasilkan gol penyamaan pada masa kecederaan," ujarnya.