Aymeric Laporte menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun untuk mengekalkannya di Manchester City sehingga 2025, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengesahkannya.
Pemain berusia 24 tahun itu menyertai City dengan yuran £57 juta (RM303.2 j) pada Januari 2018 -- rekod perpindahan termahal kelab itu sebelum mendapatkan Riyad Mahrez daripada Leicester City pada awal musim ini.
Walaupun dia masih belum pernah dipanggil mewakili Perancis, Laporte menjadi nadi kepada pertahanan skuad kendalian Pep Guardiola itu musim ini apabila diturunkan sebanyak 36 kali dalam semua pertandingan serta perlawanan EPL.
"Tiada apa yang lebih menggembirakan saya untuk memeterai komitmen jangka panjang dengan Manchester City," kata Laporte. "Sejak hari pertama tiba di sini, saya mendapat layanan baik daripada Pep dan semua pemain.
"Kelab ini menawarkan segala-galanya kepada apa yang saya perlukan untuk memperbaiki aksi. Saya telah mencapai kemajuan yang hebat dan saya mahu terus menjadi lebih baik.
"Sudah tentu, saya mahu memenangi kejuaraan dan City adalah tempat terbaik untuk memenuhi kesemua cita-cita saya."
Selepas dijulang antara pertahanan terbaik dalam kancah EPL, Laporte mengasah gerakan penyudahnya untuk menyumbang gol penting.
Empat jaringan yang dihasilkannya musim ini -- melalui tandukan -- membantu City mencatat seri di Wolves dan Lyon selain kemenangan ke atas Shakhtar Donetsk dan Everton.
Pengarah Bola Sepak City, Txiki Begiristain, menambah: "Aymeric berbakat besar dan hakikat bahawa dia komited untuk bersama kami dalam kemuncak kariernya adalah sesuatu yang perlu diraikan.
"Kami sedar sebelum membawanya ke mari, dia mempunyai potensi yang luar biasa tetapi bertambah baik sejak 12 bulan lalu. Ia sesuatu yang luar biasa.
"Kami mahu membina skuad muda yang bersemangat manakala Aymeric amat secocok dengan perancangan kami. Gaya permainannya sesuai dengan kami dan sikapnya sejak tiba di sini dalam kelas pertama.
"Dia boleh menjadi seperti yang dihajatinya dan City akan menjadi sebuah pasukan yang lebih baik dengan kehadirannya pada musim-musim mendatang."
City akan cuba mengekalkan Piala Liga Inggeris (EFL) ketika menentang Chelsea di Wembley tengah malam esok dengan Laporte memburu trofi sulungnya dalam bola sepak Inggeris.