Pengurus Chelsea, Frank Lampard, percaya penyerangnya, Tammy Abraham, memiliki segala keupayaan untuk menggantikan Harry Kane dalam skuad kebangsaan England.
Penyerang Tottenham Hotspur dan kapten England itu dijangka berehat sehingga April depan gara-gara kecederaan paha.
Ia bermakna penyerang itu akan terlepas aksi persahabatan menentang Itali dan Denmark pada Mac depan.
Bagaimanapun, jika tiada sebarang komplikasi sepanjang proses pemulihannya, Kane berkemungkinan akan cergas untuk membarisi skuad kendalian Gareth Southgate itu dalam kempen Euro 2020.
Buat masa ini, Lampard berasakan Abraham, yang muncul penjaring terbanyak Chelsea dengan 12 gol sepanjang musim ini, mampu menyerlah bersama skuad kebangsaan.
"Saya rasa dia perlu sentiasa memikirkannya. Dia bukannya bodoh, anda tahu siapa pesaing anda sama ada untuk merebut tempat dalam pasukan kami atau pasukan England," katanya dalam sidang media ketika ditanya adakah dia berasakan Abraham mampu menggantikan Kane.
"Apa yang saya gemar tentang Tammy adalah dia bukan sahaja mahu menjadi seperti Kane -- dia dapat melihat Kane dan mengambil beberapa perkara ke dalam permainannya -- tetapi saya tahu Tammy memerhatikan setiap penyerang dan mencuba untuk sentiasa meningkatkan dirinya.
"Hanya itulah perkara terpenting, dia menumpukan terhadap dirinya dan perkara lain akan tiba jika dia melakukannya," katanya.
Lampard juga berasakan Abraham telah memenuhi tuntutan untuk menjadi pemain nombor sembilan Chelsea dan gembira dengan keputusannya untuk membawa pemain muda itu ke dalam skuad utamanya.
"Amat mengagumkan. Ia keputusan saya untuk memberikan kepadanya berdasarkan perwatakannya dalam pramusim.
"Perwatakannya kelihatan seperti 'Ya tolonglah, saya mahukannya, saya mahu menjadi pemain nombor sembilan Chelsea'.
"Ia perkara mudah untuk berkata dan berasakannya pada ketika itu tetapi untuk menghasilkan seperti apa yang telah dipamerkannya merupakan permulaan yang baik.
"Ia mungkin satu peringkat di mana semua menjangkakan Tammy untuk bermain baik bagi membawa perubahan besar dalam permainan.
"Ia akan menjadi satu cabaran dan itulah yang perlu dibuktikannya," katanya lagi.
Editor: Muzaffar Musa