Alexandre Lacazette berharap untuk mengikut jejak langkah Thierry Henry di Arsenal selepas menjadi pemain termahal kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Lacazette menyempurnakan perpindahannya dari Lyon ke Stadium Emirates dengan nilai perpindahan hampir GBP60 juta (RM334 juta).
Penyerang Perancis berusia 26 tahun itu sudah lama mengikuti perkembangan Arsenal selepas terpikat dengan Henry dan beberapa bintang Les Bleus yang lain di London.
"Sudah tentu, saya gembira dan cukup berbangga kerana Arsenal merupakan kelab legenda," kata Lacazette, yang menyanjung kestabilan kelab itu di bawah bimbingan Arsene Wenger.
"Pada zaman kanak-kanak, saya berterima kasih kepada Thierry Henry dan pemain Perancis yang lain, saya sentiasa mengimpikan untuk beraksi di kelab ini.
"Maka, impian saya sudah tertunai.
"Saya suka dengan kelab yang mempunyai sejarah. Apatah lagi mempunyai pengurus yang sudah lama berkhidmat. Ia menunjukkan kelab ini stabil.
"Lagipun, terdapat beberapa pemain Perancis di sini yang akan memudahkan saya untuk menyesuaikan diri.
"Pada pandangan saya, Arsenal juga merupakan pasukan yang mempamerkan permainan menarik di England, oleh itu saya amat mengidam untuk beraksi di sini."
Lacazette tiba di EPL dengan reputasi meledakkan 37 gol dalam 45 perlawanan pada musim lalu untuk membantu Lyon meraih tangga keempat Ligue 1 dan mara ke separuh akhir Liga Europa.
"Saya gemar menggunakan kepantasan. Selaku penggempur, sudah tentu saya suka menjaringkan gol, namun itu bukanlah segala-galanya tentang saya," katanya mengenai gaya permainannya.
"Setiap kali saya melepaskan rembatan ke arah gawang, ia disebabkan saya percaya saya mampu membuat jaringan. Saya bukan sekadar membuat tendangan.
"Saya juga cuba bersikap setenang yang mungkin. Itu semua dicapai menerusi usaha gigih dalam latihan."
Tambah Lacazette: "Saya mahu memberi 100 peratus dalam setiap perlawanan. Saya mahu membuktikan saya berbaloi untuk jersi ini.
"Saya akan sedaya-upaya memastikan kami memenangi gelaran."