Masalah kewangan meruncing yang dihadapi Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dijangka selesai selepas penjenamaan semula dengan penswastaan pasukan itu yang akan diurus tadbir oleh Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd.
Secara rasminya, tiga pasukan iaitu pasukan senior, skuad Piala Presiden dan skuad Piala Belia akan diurus sepenuhnya oleh KRW bermula hari ini.
Lebih melegakan, dakwaan pembayaran gaji tertunggak sejak beberapa bulan lalu dilaporkan telah dilangsaikan sebelum perlawanan pertama mereka ketika bertemu Selangor United semalam.
Jaminan pembayaran semula hutang lapuk sejak era kepimpinan Tan Sri Annuar Musa pada 2007 turut disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif KRW, Fazli Mohammad.
"Masalah hutang Kelantan tidaklah begitu serius dan masih dapat diuruskan dengan baik.
"Penstrukturan semula hutang berkenaan akan membantu kami menyelesaikan masalah berkenaan.
"Insya-Allah kami akan dapat menyelesaikannya bulan ini," katanya.
KAFA kini hanya menumpukan kepada pembangunan akar umbi selain menegaskan tidak akan sesekali masuk campur perjalanan pasukan itu bagi mengelakkan sebarang unsur "tangan ghaib" seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
""Daripada segi penajaan, kami sememangnya mengalu-alukan kehadiran pihak penaja dan hari ini saya amat bersyukur kerana kami telah dibantu oleh syarikat yang akan menyelesaikan masalah berkenaan.
"Ia seolah-olah KAFA telah diswastakan," kata Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan.