Skip to main content

Bola Sepak

Kompleks Bola Sepak Perak bakal jadi gelanggang rasmi Perak FA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-fa.jpg
Kompleks Bola Sepak Perak bakal menjadi gelanggang rasmi kepada Perak FA bagi mengharungi Liga A1 Semi Pro musim ini yang dijadualkan bermula pada 3 Ogos ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata pihaknya telah meminta Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk melakukan pemeriksaan penuh terhadap kemudahan padang dan fasiliti di kompleks yang dibuka pada 2019 itu.

"Secara dasarnya saya rasa penggunaan kompleks itu sebagai gelanggang rasmi pasukan tidak menjadi masalah, namun perlu memenuhi beberapa syarat sebelum kelulusan rasmi diberikan.

"Penambahbaikan pada kompleks ini juga mungkin menjadi satu daripada syarat dan saya fikir ia sesuatu yang baik kerana selain untuk bola sepak, kompleks ini boleh menjadi lokasi kepada pelbagai aktiviti lain," katanya ketika ditemui di Kompleks Bola Sepak Perak, di sini semalam.-Awani
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video