Ronald Koeman percaya dia tidak menerima sokongan yang sama daripada hierarki Barcelona seperti mana yang dinikmati penggantinya, Xavi, selain berazam tidak lagi kembali ke kelab itu selagi Joan Laporta kekal sebagai presiden.
Dalam temu bual dengan akhbar Belanda, AD, bekas pengendali kelab Laliga itu turut mempersoalkan mengapa membiarkan Lionel Messi meninggalkan Barca tetapi hanya mula melabur semula untuk penyerang baru di bawah Xavi.
Koeman, yang membuat 264 penampilan bersama Blaugrana sebagai pemain, dipecat sebagai pengurus kelab itu Oktober lalu selepas menduduki tangga kesembilan liga.
Bekas ketua jurulatih Belanda itu akhirnya membuka mulut sejak pemecatannya apabila menganggap ketika itu dia berdepan situasi kewangan yang teruk selain ikon Camp Nou, Messi, pula angkat kaki tetapi dibiarkan terkapai-kapai oleh Laporta.
“Saya bukan jurulatih idaman Laporta,” kata pengurus berusia 58 tahun itu.
"Saya memiliki perasaan itu dari saat pertama saya bertemu dengannya lagi sebaik dia memenangi pilihan raya pada Januari 2021. Kami tidak serasi. Saya kurang mendapat sokongan yang diperlukan daripada pihak atasan.

"Dia memberitahu saya 1,000 kali bahawa Xavi juga bukan pilihannya memandangkan dia tidak mempunyai pengalaman. Tetapi dia memerlukan perisai, seseorang untuk berselindung.
"Anda tidak akan melihat saya di Camp Nou buat sementara waktu kerana saya tidak akan berbuat demikian selagi dia ada di sana. Saya tidak dapat berpura-pura bahawa tiada apa-apa yang berlaku.
"Saya tidak diberikan masa. Saya masih berasakan keperitannya. Ketika itu saya sedang berhadapan dengan krisis kecederaan, kini Pedri dan Dembele kembali cergas.
"Pada mulanya Xavi juga mempunyai masalah yang sama seperti saya: ramai pemain yang tercedera.
"Setiap jurulatih memerlukan masa dan kesabaran daripada pihak atasan. Xavi memperolehinya termasuk ditawarkan bantuan. Dia telah diberikan tiga penyerang (Ferran Torres, Adama Traore dan Pierre-Emerick Aubameyang), saya juga mengalu-alukan mereka.
"Apapun saya gembira dengan perkembangan kelab ini, situasi bertambah baik, begitu juga buat pemain."