Skip to main content

Bola Sepak

Klopp tidak jangka Liverpool mara ke final Liga Juara-Juara Eropah

jurgenklopp-cropped_8pxda8488n8e1mj3tdht9gjtl.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, percaya ia akan menjadi satu pencapaian besar jika pasukannya mara ke final Liga Juara-Juara Eropah sambil mengatakan ia sesuatu yang tidak dijangkakan.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu akan berkunjung ke Roma bagi perlawanan kedua separuh akhir awal pagi nanti dengan membawa kelebihan agregat 5-2.

Klopp berkata bahawa pada awal musim lagi dia tidak menjangkakan pasukannya berada dalam penentuan Liga Juara-Juara, di mana Real Madrid menanti di Keiv pada 26 Mei ini.

"Saya telah melihat banyak perkembangan dan banyak perlawanan menarik," katanya melalui Liverpool Echo.

"Kami tidak layak untuk Liga Juara-Juara, kami terpaksa bermain di peringkat kelayakan. Skuad ini benar-benar melangkah jauh. Mereka sentiasa melihat persaingan sebagai peluang.

"Jika pasukan ini pergi ke final, ia akan menjadi pencapaian yang cemerlang. Jika mara ke final, maka sudah tentu kamu perlu berfikir sedikit lebih besar tetapi ia akan menjadi sesuatu yang kami tidak jangka pada permulaan musim ini. "

Advertisement

Must Watch Video