Skip to main content

Bola Sepak

Klopp puji persembahan jentera tengah The Reds

jamesmilnerjurgenklopp.jpg
Jurgen Klopp berasakan gandingan bahagian tengah Liverpool merupakan pemain terbaik perlawanan ketika berdepan Roma awal pagi tadi apabila memastikan tiket ke final Liga Juara-Juara (UCL).

Roma meraih kemenangan 4-2 di Stadio Olimpico hasil dua gol daripada Radja Nainggolan tetapi kelebihan Liverpool mencipta kemenangan 5-2 di Anfield menyaksikan mereka mara ke final dengan agregat 7-6.

Penyandang juara, Real Madrid, menanti di Kiev pada hujung bulan ini dan rata-rata pemerhati menyifatkan gandingan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino merupakan kunci di sebalik kejayaan mereka.

Mane membuka jaringan yang sekali gus membenarkan mereka mendominasi permainan, Klopp bagaimanapun menyuarakan bahawa Georginio Wijnaldum, James Milner dan kapten pasukan, Jordan Henderson, merupakan pemain yang bertindak cemerlang dalam perlawanan itu.

"Mane merupakan pemain yang berkualiti, sangat penting untuk pasukan.

"Bukan sahaja Mane, Salah dan Firmino juga. Tetapi saya berasakan tiga pemain tengah adalah pemain terbaik kami. Mereka banyak membantu pasukan ketika menyerang dan bertahan.

"Kami mampu bermain dengan lebih baik. Salah, Mane dan Firmino akan menampilkan aksi yang lebih cemerlang dalam perlawanan akhir," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video