Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, berpendapat penyerangnya, Daniel Sturridge, perlu meningkatkan tahap kecergasan sebelum boleh beraksi dalam tempoh 90 minit.
Sebelum ini, Sturridge hanya diturunkan sebagai pemain simpanan dalam lima aksi terdahulu, namun dia tetap menjaringkan gol ketika berdepan Chelsea, Sabtu lalu.
Penyerang itu turut diturunkan dalam kesebelasan utama ketika Liverpool menundukkan Paris Saint Germain (PSG), termasuk menjaringkan satu gol bagi mengisi ketiadaan Roberto Firminho yang direhatkan di bangku simpanan.
Empat gol yang dijaringkan pada musim ini meletakkan dia sebaris dengan seorang lagi penyerang Liverpool, Sadio Mane.
Bagi Klopp, ada sesuatu yang perlu dilakukan Sturridge sebelum meyakinkannya dalam menamakan penyerang tersebut untuk mengisi kesebelasan utama.
"Itu adalah sasarannya. Dia bermain dengan baik ketika menentang PSG," kata Klopp sebaik pasukannya mengikat seri dan menamatkan rekod kemenangan Chelsea.
"Itulah peranan dia, bermain pantas dalam tempoh 60 hingga 70 minit dan mungkin lebih tetapi kemudian kami ada Firmino.
"Setiap penyerang utama perlu bermain pantas melebihi 90 minit. Saya tidak pasti sama ada dia mampu kerana kami belum mencubanya lagi. Dia sudah pasti tahu itu yang perlu dilakukannya nanti.
"Dia tidak mahu kami mengubah cara permainan pasukan untuknya. Dia bermain seperti apa yang kami mahu dan sukakan posisi tersebut. Sturridge bagaikan seorang pemain di posisi nombor sembilan setengah, mampu menjaringkan gol atau membuat hantaran yang baik."
"Sturridge secara taktikal adalah seorang yang bijak. Dia tidak perlu banyak berubah. Masalahnya sering berkaitan dengan ketahanan fizikal. Dia tidak cergas. Sejak kami bekerjasama, ketahanan yang dimilikinya tidak cukup.
"Apabila dia cergas seperti pada musim pertama Liga Europa, dia sangat hebat dan penting buat kami. Beraksi di Villarreal, dia menjaringkan gol. Dia sentiasa penting buat pasukan andai dia sedang cergas," katanya lagi.