Skip to main content

Bola Sepak

Kepulangan Neuer luar biasa -- Sule

manuelneuer-cropped_1ehbj1bnp8v3y164f777f3holn.jpg
Manuel Neuer adalah penjaga gol terbaik dunia dan kepulangannya ke sesi latihan begitu luar biasa, kata pemain pertahanan Jerman, Niklas Sule.

Neuer, 32, terlepas hampir sepanjang musim selepas patah kaki dalam latihan bersama Bayern Munich tahun lalu.

Tetapi kepulangan penjaga gol itu tepat pada masanya untuk Jerman, yang menyenaraikan Neuer dalam skuad awal mereka sebelum menghadapi Piala Dunia, bulan depan.

Sule terkesan dengan prestasi Neuer dalam latihan menjelang perlawanan persahabatan menentang Austria pada Sabtu ini.

"Pada mulanya, saya sukar mempercayainya ketika Manu membuat latihan pertamanya setelah empat bulan berehat. Ia seolah-olah dia tidak pernah cedera," katanya hari ini.

"Saya tidak pernah menyaksikan sesuatu seperti itu sebelum ini. Bahasa badannya luar biasa. Dia adalah penjaga gol terbaik di dunia dan bagi saya, ia bagus untuk bermain dengannya di Bayern."

Jika cergas, Neuer adalah penjaga gol nombor satu yang tidak akan diketepikan Jerman, membuatkan pemain Barcelona, Marc-Andre ter Stegen, berada di bangku simpanan.

Walaupun Neuer masih belum menjamin tempatnya, penolong jurulatih Jerman, Thomas Schneider, berkata pemain itu akan bermula jika dia bersedia.

"Jurulatih, Jogi (Low, ketua jurulatih) dan Andi (Kopke, jurulatih penjaga gol) bercakap dengan Marc-Andre yang mempunyai musim sangat baik dan merupakan pemain penting," katanya.

"Tetapi Manu adalah penjaga gol yang sempurna. Namanya, cara dia bergerak, kehadirannya di padang dan kemahiran teknikalnya. Dia penjaga gol terbaik dunia.

"Sudah tentu tidak mudah bagi Marc sekarang tetapi apabila kamu mempunyai penjaga gol sangat baik dalam pasukan seperti Manuel, kamu mahu dia bermain."

Advertisement

Must Watch Video