Skip to main content

Bola Sepak

Kenapa tiada semakan VAR? -- jurulatih DPMM aju persoalan selepas tewas besar kepada JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dpmm-coach.jpg
Ketua jurulatih DPMM, Jamie McAllister, mengajukan persoalan apabila tiada semakan video bantuan pengadil (VAR) dilakukan dalam satu insiden ketika pasukannya diaibkan dengan kekalahan 0-10 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Iskandar Puteri malam tadi.

Ia merujuk kepada insiden pada minit ke-32, di mana Syafiq Safiuddin dilayangkan kad merah oleh pengadil, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli, gara-gara kekasarannya ke atas Oscar Arribas, sekali gus memberikan JDT sepakan penalti.

"Saya rasa saya sudah melakukan perubahan untuk perlawanan ini," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Bukan mengatakan yang kami tidak mahu menang perlawanan ini, mereka pasukan terbaik dalam liga ini.

"Lihat sahaja sumber yang mereka ada, dengan stadium dan segala infrastruktur yang mereka ada.

"Jika anda datang ke sini, anda memerlukan semua pemain anda di atas padang dan menerapkan perkara asas dengan sangat baik, tersusun dan membuat keputusan dengan baik.

"Saya rasa dalam 10 minit pertama, kami memiliki peluang untuk mendapatkan gol pertama dan kami tiba di sini dengan peluang yang amat terhad, jadi kami perlu menjadi klinikal apabila mendapat peluang itu.

"Tetapi kami memberikan mereka jaringan pertama menerusi lintangan yang tidak dikawal. Kemudian penalti yang ringan.

"Saya tidak tahu kenapa pengadil tidak melakukan semakan VAR dan kemudian memberikan kad merah.

"Untuk beraksi dari minit ke-34 dengan 10 pemain, ia pasti berbeza," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video