$345.5 juta (RM1.2 bilion) adalah nilai yang dipertaruhkan Jepun untuk merampas kejuaraan dari Qatar yang bertindak selaku tuan rumah bagi edisi kali ini.
Jumlah ini tidak termasuk perbelanjaan yang diperuntukkan dalam projek khas bagi membolehkan Jepun kembali memegang takhta Raja Bola Sepak Asia sejak kali terakhir pada 2011.
Sakka Nihon Daihyo yang turut digelar Samurai Biru hanya muncul selaku pencabar pada era 1980-an tetapi mereka tidak mengambil masa yang lama untuk merekodkan kejuaraan sulung iaitu ketika menganjurkan Piala Asia 1992.
Cabaran tetap ada buat Jepun yang sudah pun memegang reputasi tersendiri di pentas bola sepak dunia dan mereka memerlukan satu lagi peralihan skuad untuk kembali menyengat dengan kejuaraan berturut-turut yang direkodkan pada 2000 dan 2004 –- menerusi gabungan bersama DNA bola sepak Perancis dan Brazil -– hasil bimbingan Philippe Troussier dan Zico.
Percaturan terkini Jepun menyaksikan jurulatih tempatan terus diberikan kepercayaan -– Hajime Moriyasu yang memegang rekod jurulatih terbaik Jepun menerusi 50 kemenangan daripada 73 perlawanan akan menyambung apa yang tidak dapat dilunaskannya dalam edisi 2019.
Jurulatih berusia 55 tahun ini memanggil kesemua pemain yang berkelana di liga-liga ternama dunia untuk dikumpulkan dalam satu pasukan yang disasarkan mantap dengan hanya seorang daripada senarai 26 pemain tidak turun menjalani latihan di Stadium Al-Erssal semalam menjelang aksi pembukaan menentang Vietnam.
Kalau pertemuan Jepun dan Vietnam ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pastinya kapasiti maksima akan direkodkan dengan warga Vietnam yang mencari rezeki di perantauan, juga peminat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, yang datang untuk memberikan sokongan kepada kapten, Wataru Endo.
Nama-nama seperti Hidemasa Morita, Junya Ito, Ko Itakura dan Takumi Minamino juga tidak kurangnya memiliki pengikut yang tersendiri.
Namun, 2024 dijangka tahun yang baik buat Takefusa Kubo yang akan mengetuai jentera serangan Jepun yang turut diperkuat duo berbisa, Ritsu Doan dan Takuma Asano.
Kubo memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab Sepanyol, Real Sociedad di saingan La Liga sehingga menenggelamkan Real Madrid – tidak hairanlah dia diangkat sebagai pemain paling mahal di Piala Asia tahun ini bersama bintang Korea Selatan, Kim Min-jae dengan masing-masing diletakkan pada nilai $65.4j (RM228j).
Persoalannya, mampukah Jepun menjadikan nilai minima RM1.2b kepada pelaburan yang menghasilkan $5j (RM23.2j) yang dijanjikan buat juara? Atau Jepun perlu menelan kepahitan untuk rekod naib juara berturut-turut dengan habuan $3j (RM10.4j)?
Apa pun, kesemua 24 pasukan yang bersaing sudah pasti membawa pulang $200,000 (RM697,381).

?━━━━━
— サッカー日本代表 ?? (@jfa_samuraiblue) January 13, 2024
????? ???
━━━━━?#頂点そしてその先へ、
大事な初戦に挑む。
?AFC アジアカップ カタール 2023
⚔️グループステージ第1節
?1.14(日) ⌚️20:30(??)
?ベトナム代表??
?️Al Thumama Stadium(カタール)
?#DAZN
?https://t.co/Tlg2677is8#南野拓実… pic.twitter.com/C2ut7Wubs2