PIALA FA

Kemenangan Piala FA selamatkan musim Chelsea -- Cahill

Stadium Astro
Penulis Jemputan
19/05/2018
23:43 MYT
Sponsor Banner
Kemenangan Piala FA selamatkan musim Chelsea -- Cahill
Kapten Chelsea, Gary Cahill, mendakwa rakan sepasukannya didorong oleh keinginan untuk menyelamatkan musim mereka dengan kemenangan 1-0 dalam final Piala FA ke atas Manchester United di Wembley, awal pagi tadi.
Eden Hazard menjaringkan gol tunggal menerusi sepakan penalti pada pertengahan separuh masa pertama dan Chelsea bertahan dengan tekanan berterusan United untuk meraih kemenangan.
Skuad The Blues itu jatuh ke tempat kelima liga untuk terlepas kelayakan Liga Juara-Juara Eropah dan gagal mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris tetapi Cahill gembira dapat menamatkan kempen itu dengan pencapaian positif.
"Kamu dapat lihat apa yang kami maksudkan, kepada peminat dan barisan kejurulatihan kami," kata Cahill kepada BBC Sport.
"Ini adalah untuk menyelamatkan musim kami, kami sudah biasa menang. Bukan sombong tetapi kami perlu menang.
"Ia sukar untuk memenangi perlawanan liga. Saya tidak mengatakan bahawa kami mempunyai musim yang hebat."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video