Malang bagi pasukan Indonesia apabila gagal meraih kemenangan menentang Bahrain apabila bolos kepada jaringan penyamaan di saat akhir di Stadium Nasional Bahrain, awal pagi tadi.
Jaringan penyamaan pada lewat permainan oleh Mohamed Marhoon nyata mengundang kemarahan dan ketidakpuasan hati kem pasukan Indonesia di tepi padang.
Pegawai-pegawai pasukan dan pemain simpanan dilihat melakukan protes terhadap jaringan tersebut sehinggakan pengurus pasukan Indonesia, Sumardji dilayakan kad merah oleh pengadil perlawanan, Ahmed Al-Kaf.
Keputusan Al-Kaf dipertikaikan pasukan Indonesia kerana jaringan lewat yang terhasil berlaku setelah 6 minit masa tambahan separuh masa kedua telah tamat namun perlawanan tetap berlangsung sehingga minit ke 90+9 di mana jaringan penyamaan Bahrain terhasil.
Dalam aksi tersebut, Bahrain membuka jaringan menerusi sepakan percuma cantik Mohamed Marhoon pada minit ke 15, sebelum Ragnar Oratmangoen menyamakan kedudukan sebelum tamat aksi separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Indonesia mendahului permainan menerusi Rafael Struick pada minit ke 74, sebelum jaringan penyamaan kontroversi Bahrain terhasil minit ke 90+9.
Keputusan penuh menyaksikan Indonesia terpaksa berputih mata dengan sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan satu mata.