Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL: Ingatkan Afrika panas tapi Malaysia juga sama -- Import Selangor Angels

NSL

"Kita sangka cuaca di benua Afrika lebih panas berbanding Malaysia.

Itu luahan dua pemain import baru skuad Selangor Angels, Reratilwe Letsoalo dan Onalenna Mbali Diphoko.

Advertisement

Selain perbezaan cuaca, dua pemain kelahiran Afrika Selatan itu menyifatkan penampilan sulung dalam saingan CelcomDigi Netball Super League (NSL) 2026 juga hadir dengan cabaran aspek komunikasi ekoran berlainan bahasa yang memaksa mereka beradaptasi dengan segera.

Bagaimanapun bagi Letsoalo yang sinonim dengan gelaran 'defensive dynamo' bersama pasukan Free State Crinums dalam saingan Telkom Netball League -- keputusan menerima lamaran bermain di Malaysia adalah langkah terbaik buatnya untuk memburu slot utama dalam skuad kebangsaan negaranya.

"Saya harus mengaku bahawa Malaysia sangat panas.

"Tetapi saya sangat menyukai semuanya di sini.

"Saya mahu menimba ilmu baharu dan sedia mengambil cabaran.

"Keluarga dan peminat juga mahu melihat saya terus bersinar.

"Saya mahu terus dipanggil pasukan kebangsaan pada masa akan datang," katanya.

Walaupun masih dalam fasa meningkatkan keserasian bersama pasukan, Diphoko mahu membantu Angels tampil dengan aksi terbaik pada setiap perlawanan, sekali gus menjadi antara pencabar takhta kejuaraan musim ini.

"Apa yang saya lihat kami boleh melakukannya.

"Semuanya akan baik-baik sahaja," katanya. 

Must Watch Video