Skip to main content

Permotoran

ARRC: Zaqhwan Zaidi idam tutup kemarau kemenangan

ARRC

Pelumba ASB1000, Zaqhwan Zaidi, memburu gelaran tempat tiga terbaik menjelang saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026, bermula dengan pusingan pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 hingga 12 April ini.

Sebagai langkah pertama, dia menegaskan sesi latihan rasmi pramusim di SIC pada 8 April ini akan dijadikan peluru terbaik sebelum memulakan sesi perlumbaan sebenar.

Advertisement

Biarpun jangkaan cuaca yang panas pada sesi latihan hujung minggu ini, namun dia bersedia sepenuhnya untuk memastikan misi kejayaan di laman sendiri menjadi kenyataan.

"Insya-Allah. Itu sememangnya sasaran tahun ini. Saya mahu kekal konsisten setiap pusingan.

"Saya mengharapkan kemenangan untuk menutup kejuaraan sebelum ini sebab hampir tiga musim juga tidak bergelar juara," katanya.

Sementara itu, juara SS600, Kasma Daniel Kasmayudin, memilih untuk kekal berada dalam kategori sama tahun ini, sambil terbuka untuk menanti peluang kembali naik ke kategori ASB1000.

Kasma berhasrat mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi lalu dan daripada sudut teknikal, Kasma menegaskan aspek selekoh menjadi taruhan utama dalam kategori tersebut.

"Dua kategori tersebut memang ada banyak perbezaan.

"Kekuatan dan stamina antara kelainannya.

"Gaya tunggangan sama tetapi kita tengok bagaimanan nanti," katanya.

Must Watch Video