Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Adib Ra'op timba ilmu dari pemain senior

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adib-raop.jpg
Pertahanan Penang FC, Adib Ra'op, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila mendengar perkhabaran bahawa dirinya sudah dipantau ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, sejak setahun yang lalu.

Panggilan ke kem latihan pusat buat kali pertama telah membuka ruang pembelajaran yang baru buat pertahanan berusia 25 tahun itu menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Krygyztan dan Chinese Taipei.

Adib bagaimanapun mengakui dirinya berasa kekok untuk menyesuaikan diri dalam kem negara dan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berada sebaris dengan pemain terbaik negara.

Adib tidak patah semangat biarpun kualiti prestasinya sebagai jentera pertahanan tidak cemerlang seperti rakan pasukan yang lain dan sentiasa berlapang dada untuk menimba ilmu daripada pemain senior. 

"Apabila berjumpa secara berdepan dengan dia (Pan-gon), saya rasa lebih mudah untuk faham."

"Saya cuma seorang pemain di Penang, dan saya tidak rasa orang akan pandang saya tapi apa yang penting saya akan lakukan yang terbaik."

"Saya akan usaha lebih keras untuk berada sebaris dengan pemain lain."

"Saya kena tunjuk dan buktikan kepada Pan-gon yang saya layak untuk bermain."

Advertisement

Must Watch Video