Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: FAM tidak benarkan 'powerbank' dibawa masuk ke stadium

285337537_710761443330428_7286841409471239570_n.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Hazani Ghazali, memberikan amaran awal untuk sebarang peralatan tidak sepatutnya dibawa masuk ke stadium.

Ia termasuk 'Powerbank' yang telah dikuatkuasa tidak dibenarkan dibawa masuk ke stadium sejak aksi persahabatan bertemu Brunei dan Hong Kong tempoh hari.

Walaupun ia dianggap sebagai keperluan, ada sebab kenapa powerbank diharamkan berada di dalam stadium.

"Powerbank yang besar dan berat mencecah 1 kilogram boleh dijadikan sebagai senjata, yang kecil tidak menjadi satu masalah," katanya menerusi Nadi Arena.

Kapasiti sebanyak 85,000 orang akan dibuka di Stadium Nasional Nukit Jalil nanti dengan kekuatan pasukan keselamatan seramai 1469 orang.

Advertisement

Must Watch Video