Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo dan juara dunia dua kali, Gudaf Tsegay, telah digantung selama empat bulan selepas diuji positif bahan terlarang pada bulan Disember, kata Unit Integriti Olahraga (AIU) pada hari Jumaat.
Pelari jarak jauh dan sederhana Ethiopia itu diuji positif mengambil bahan terlarang tetapi kata atlet berusia 29 tahun itu ia digunakan sebagai antara kaedah perubatan untuk dirinya.
"Tempoh penggantungan Tesgay akan berlangsung dari 1 Jun hingga 30 September 2026," kata AIU dalam satu kenyataan.
More details on the Gudaf Tsegay case:
Tsegay was prescribed Letrozole to treat a diagnosed medical condition and provided supporting medical evidence after being notified of the positive test in January 2026.
She later submitted a Therapeutic Use Exemption (TUE) application,… https://t.co/VeuKMe8GMG— Track & Field Gazette (@TrackGazette) June 12, 2026
Pencapaiannya sebelum ini sehingga 5 Disember tahun lalu juga telah dibatalkan.
Tsegay, yang memenangi gangsa dalam acara 5,000 meter (m) di Tokyo, memohon pengecualian penggunaan terapeutik, atau TUE, pada bulan Februari.
Atlet berusia 29 tahun itu merupakan juara dunia bagi acara 5,000m pada 2022 dan 10,000m pada 2023 dan juga bekas pemegang rekod 5,000m.