Tujuh mata tetapi belum layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 2020 -- ia satu format yang dilabel sebagai aneh oleh Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (AFC), Peter de Roo, kerana tidak pernah berhadapan dengan format seumpama itu biarpun sudah melewati tempoh empat dekad dalam dunia bola sepak.
Malaysia gagal ke pusingan akhir di Thailand selepas tercicir dalam kelompok empat negara terbaik selaku naib juara.
De Roo terpaksa bersetuju untuk senada melabelkan format tersebut sebagai tidak adil.
Paling terkesan sudah pasti pasukan yang berada dalam kelompok merebut empat slot terakhir kerana penghujungnya, elemen nasib memainkan peranan.
"Ini kali pertama saya melihat sebuah pasukan gagal melayakkan diri selepas mengutip tujuh mata dengan dua kemenangan dan seri sekali di peringkat kumpulan.
"Saya berasakan, terutama untuk aksi ketiga, perlawanan perlu diadakan serentak kerana ketika ini ada pasukan lain yang boleh mengetahui keputusan yang membabitkan perlawanan lain terlebih dahulu yang membolehkan mereka untuk membuat percaturan.
"Ia sesuatu yang perlu dikaji," kata de Roo yang berasal dari Belanda.
Bagi de Roo, prestasi yang ditonjolkan pemain negara jelas memiliki kredibiliti sebaris dengan 16 pasukan terbaik kejohanan dan hal ini diakui sendiri jurulatih bertaraf dunia seperti Guus Hiddink.
Menurutnya lagi, itu bukan alasan kegagalan skuad negara tetapi sesetengah perkara perlu diambil kira sebagai aspek positif selain mutu sesebuah kejohanan.
"Ia kedengaran seperti satu alasan tetapi ia di luar kawalan kami, itulah hakikatnya.
"Kami akan dinilai berdasarkan persembahan dan kalau kita berpandangan lebih jauh, kami sebenar berada di landasan tepat. Cuma, kalau daripada segi keputusan, ia tidak kelihatan sebegitu," katanya lagi.