Skip to main content

Bola Sepak

Kelab, pasukan negara perlukan duit, kata Simeone berhubung Piala Dunia dwitahunan

simeone.jpg
Diego Simeone menganggap pemain dan pengurus tiada upaya untuk menyekat hasrat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mahu melangsungkan Piala Dunia secara dwitahunan. 

Pengurus Atletico Madrid itu mengulas perkara berkenaan menjelang pertembungan pasukannya dengan pendahulu LaLiga, Real Sociedad, awal pagi esok. 

Simeone, yang tampil dalam tiga edisi Piala Dunia bersama Argentina, mengatakan bahawa pemegang taruh dalam bola sepak moden bukanlah mereka yang terlibat secara langsung perlawanan sebaliknya diterajui mereka yang cenderung kepada kewangan sebagai keutamaan.

"Dengan komen negatif terhadap situasi yang dicadangkan, keputusan akhir bukan terletak di tangan pemain atau pengurus," katanya.

"Saya meletakkan diri saya sebagai pemain; saya akan selalu ingin mewakili pasukan kebangsaan, sukar untuk mengatakan tidak kepadanya.

"Pihak yang membuat keputusan teruk di mata pemain, ia semakin memburuk. Tetapi saya tidak akan meletakkan diri saya dalam sesuatu yang tidak dapat diubah.

“Kami boleh mengadu, meluahkan kemarahan, membantah tetapi peraturan televisyen, kewangan, perkembangan pasukan malah kelab memerlukan kewangan, begitu juga pasukan negara. 

"Kami tersepit, kami boleh protes, mengeluh tetapi begitulah kehidupan semua orang."


 


Ketua Pembangunan Global FIFA, Arsene Wenger, merancang untuk mengadakan lebih banyak perlawanan Piala Dunia baik dalam kategori lelaki mahupun wanita, tetapi terdapat bantahan daripada Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Konfederasi Amerika Selatan (CONMEBOL) serta kumpulan yang memayungi pemain iaitu Kesatuan Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPRO).

Sejumlah jurulatih dan pemain termasuk individu turut mengkritik rancangan itu.

Simeone memahami mengubah penganjuran Piala Dunia daripada satu kejohanan yang berlangsung setiap empat tahun semestinya akan menarik perhatian ramai, ini kerana ia merupakan kemuncak kerjaya seseorang pemain.

"Sebagai pemain, saya ingin bermain dalam Piala Dunia setiap tahun. Itu perkara biasa," tambahnya. 

"Sebagai pengurus kelab pula kami lebih suka memiliki pemain."

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video